Search This Blog

Tuesday, August 24, 2004

Imunisasi Hib

Imunisasi Hib


Apa itu Hib?

Hib adalah singkatan untuk Haemophilus influenzae type b, sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan yang teruk seperti:

Radang selaput otak ( Meningitis) -jangkian pada selaput otak dan saraf tunjang
Radang paru- paru (Pneumonia) - jangkitan pada paru- paru
Radang epiglotis ( kerongkong ) - jangkitan pada epiglottis
Keracunan darah ( septicaemia ) - jangkitan darah
Radang sendi - jangkitan pada sendi
Penyakit Hib, jangkitan HIV dan Hepatitits B BUKAN satu penyakit yang sama. Vaksin pencegah Hepatitis B adalah vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit Hib adalah vaksin Hib.

Mengapa penyakit Hib berbahaya?
Mudah berjangkit terutama dikalangan kanak- kanak
Mudah merebak
Biasanya menyebabkan penyakit yang teruk atau membawa maut.
Jangkitan Hib pada selaput otak boleh mengakibatkan kecatatan otak yang kekal.

Siapa yang boleh menjangkiti penyakit Hib?

Penyakit Hib kerap berlaku dikalangan kanak- kanak bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan adalah paling tinggi dikalangan kanak- kanak berumur dibawah 1 tahun.
Pengaulan rapat dengan kanak- kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapat penyakit Hib.
Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripada penyakit Hib, namun begitu, Imunisasi masih diperlukan untuk mendapat perlindungan maksimal.

Bagaimana penyakit Hib merebak?
Penyakit Hib boleh merebak apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin.
Boleh juga merebak melalui perkongsian barang mainan yang dimasukkan kedalam mulut.

Bagaimana penyakit Hib boleh dicegah?

Penyakit Hib boleh dicegah melalui imunisasi Hib.
Imunisasi Hib tidak dapat melindungi kanak- kanak daripada mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria/ virus yang lain. Kanak- kanak mungkin boleh mendapat lain jenis jangkitan radang paru- paru, radang selaput otak atau selsema.

Bila imunisasi Hib diberi?

Semua bayi berumur 2, 3 dan 5 bulan perlu diberi imunisasi Hib
Imunisasi Hib diberikan sebanyak 3 dos
Umur
2 bulan Dos 1
3 bulan dos 2
5 bulan dos 3

Bagaimana imunisasi Hib diberi?

Imunisasi Hib diberikan secara suntikan dibahagian otot paha.
Imunisasi ini diberikan dalam satu suntikan bersama imunisasi Difteria, Pertussis dan Tetanus (DPT).
Juga boleh diberikan bersama imunisasi lain seperti imunisasi Hepatitis B.

Apakah kesan sampingan imunisasi Hib?

Imunisasi Hib adalah SELAMAT.
Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika mendapat penyakit Hib atau komplikasinya.
Walaubagaimanapun, sakit, bengkak dan kemerahan boleh berlaku ditempat suntikan. Ini selalunya berlaku dari 1hingga 3 hari selepas imunisasi.
Kadangkala, kanak- kanak boleh juga mendapat demam untuk masa yang singakat selepas imunisasi.

No comments: